welcome

selamat datang in my ROOM...........

Mengenai Saya

Foto saya
ass'ww.... haluw2.....para manusia yang ca'em2.... hehe.... aq adalah sesosok manusi seperti kalian... tidak ada perbedaan diantara qt.... so be my friendZ....!:) sekarang komunitasQ di surabaya-kediri,,,, biaya murah kok,,,cuman 5rb rupiah klo naek kereta.... hehehehe.....

Selasa, 18 Desember 2007

Alarm Trend

PEMANTAUAN TANDA AMARAN (ALARM TREND) ROUTER SCHOOLNET

Dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak GiTN Sdn. Bhd. sedang melaksanakan akitiviti pemantauan tanda amaran (Alarm Trend) router SchoolNet di seluruh negara mulai 15 hingga 26 Januari 2007 ( 2 minggu ).

Sehubungan dengan itu, kerjasama pihak sekolah adalah dipohon untuk mengatifkan router SchoolNet selama 24 jam sehari. Bagi sekolah yang mempunyai masalah bekalan elektrik maka router boleh diaktifkan pada waktu persekolahan sahaja manakala bagi sekolah yang mengalami kerosakan router diminta membuat aduan kerosakan kepada Helpdesk SchoolNet di talian 1-300-88-2888.

Untuk makluman semua sekolah, pemantauan projek ini dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pelaksanaan dan Operasi SchoolNet yang dianggotai oleh Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Bahagian Sekolah, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi dan pihak GiTN Sdn. Bhd.(GSB). Berdasarkan pemantauan penggunaan dan ketersediaan rangkaian SchoolNet, jawatankuasa ini mendapati router SchoolNet yang tidak aktif. Senario ini menunjukkan rangkaian SchoolNet tidak digunakan oleh pihak sekolah. Walau bagaimanapun, jawatankuasa ini mengambil maklum masalah-masalah berkaitan saperti, kilat, bekalan elektrik tidak mencukupi, bil elektrik meningkat dan sebagainya.

Sebagai langkah pro-aktif, pihak kementerian dan GSB bercadang melaksanakan aktiviti pemantauan Tanda Amaran (Alarm Trend) router SchoolNet di seluruh negara sepanjang tempoh dua (2) minggu.

Tidak ada komentar: